15 Mar 2007

Terima Kasih, DBP!

Baru-baru ini, aku mulai menyemak tatabahasa dan ejaan tesis ku. Mulai juga aku berasa ragu-ragu tentang sebahagian ayat, frasa, dan kata yang digunakan dalam tesis ku. Maka, mulalah aku meminta tolong. SmileyCentral.com

Memandangkan kawan-kawan ku yang menguasai bahasa Melayu dengan baik sibuk sekali, jadi aku menggunakan cara yang agak bodoh. Melalui Khidmat Nasihat Bahasanya, aku menanya Dewan Bahasa dan Pustaka kesemua persoalan yang tidak dapat aku cari jawapan daripada Kamus Dewan dan Tatabahasa Dewan. Biasanya, kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka memberi jawapan kepada aku dalam masa dua atau tiga hari. Aku berasa gembira sekali kerana ini telah memudahkan kerja penyemakan ku.

Aku memaparkan soalan-soalan bodoh ku dan jawapan-jawapan yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di sini, di samping berkongsi pengetahuan tentang tatabahasa, juga mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Soalan :
"Kesunyian beliau pada zaman tua bukan sahaja berpunca daripada / dari hidup berseorangan, tetapi juga..."
Apakah kata sendi yang sesuai dalam konteks ini?
Terima kasih.
Jawapan :
Kata sendi yang betul ialah "daripada".

Soalan :
"Kajian yang dijalankan oleh Huat lebih berkecenderungan kepada / pada penulisan biografi Li Bai."
Apakah kata sendi yang sesuai selepas "berkecenderungan" dalam konteks ini?
Jawapan :
Dalam contoh ayat di atas, kata sendi bagi berkecenderungan lebih sesuai digunakan "pada".

Soalan :
"Persoalan-persoalan yang seterusnya difokuskan kepada / ke / pada kehidupan Li sebagai seorang sastera wati tua."
Apakah kata sendi nama yang sesuai untuk ayat di atas?
Jawapan :
Kata sendi nama yang sesuai digunakan bagi ayat di atas ialah "pada".

Soalan :
"Peninjauan terhadap / tentang / mengenai hubungan Ali dengan Ismail membolehkan..." Apakah kata sendi yang betul untuk ayat di atas?
Apakah perbezaan antara "terhadap", "tentang", dan "mengenai"?
Jawapan :
Kesemua kata tersebut adalah kata sendi nama. Bagi contoh ayat di atas, kata sendi nama yang betul ialah "tentang" dan "mengenai", sebagai unsur yang membawa maksud rujukan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan hlm.264 untuk keterangan lebih lanjut.

Soalan :
Saya berasa ragu-ragu tentang penggunaan kata sendi di ayat ini.
"Kajian ini ditumpukan / ditumpu kepada / pada / dalam perubahan perasaan Ahmad."
Jawapan :
Kajian ini ditumpukan pada perubahan perasaan Ahmad.

Soalan :
Apakan kata sendi yang sesuai di dalam ayat ini?
"Status Fatimah bertukar dari / daripada golongan bangsawan ke / kepada / hingga seorang wanita yang kehilangan kampung halaman."
Jawapan :
Status Fatimah bertukar daripada golongan bangsawan kepada seorang wanita yang kehilangan kampung halaman.

Soalan :
Sekiranya "melalui" digunakan sebagai kata sendi dalam tajuk esei, adakah ia harus dimulakan dengan huruf besar? Contohnya, "Penelitian Pengalaman Percintaan Sepanjang Hayat Li Qingzhao Melalui / melalui Karya-karyanya".
Terima kasih.
Jawapan :
Perkataan "melalui" sebagai kata sendi hendaklah ditulis dengan awalan huruf kecil. Ini bermakna bagi contoh ayat di atas awalan melalui ditulis dengan huruf kecil.

Soalan :
Bolehkan kita mengguna "indah" untuk menyifatkan kesenian karya-karya seseorang? Misalnya, kesenian karya-karya Usman Awang yang indah?
Jawapan :
Boleh digunakan perkataan "indah" bagi karya kerana ia bermaksud "elok" dan "bagus benar".

SmileyCentral.com

Labels:

19 Comments:

At 15 March, 2007 03:02, Anonymous Anonymous said...

Thought your thesis is about Lee Ching Chow and is a Mandarin project? How come you need BM??

 
At 15 March, 2007 03:37, Blogger 碧绿荷塘 said...

Oh, just realised that you don't know I write my thesis in Malay.
That's UM's rule for all of the master and PhD students to write their theses in Malay or English.
Since I wrote my undergrad thesis in Malay (yes, my life is so bad, just my batch couldn't write undergrad thesis in Chinese), so I continue to write my master thesis in Malay.
Furthermore, my Malay is better than English too.
Anyway, the department is trying to apply for allowing students to write their theses in Chinese. However, there is still a long long way to go...

 
At 15 March, 2007 10:47, Blogger 呼吸的747 @ 747 is breathing said...

hahaha, lu manyak pandai wor, semua nama sudah ditukar kepada apa Fatimah, Ali, Ismail ...

eh,, gua mya Melayu manyak buruk, tapi hairannya gua jawap semua soalan lu dgn betul, gua sangat gembira, kikiki~~~

baik olangnya itu DBP...

 
At 15 March, 2007 14:08, Blogger 湘绣蜻蜓 said...

Ya, kita juga menggunakan bahasa melayu dalam penulisan tesis di UKM :)

 
At 15 March, 2007 16:01, Blogger 碧绿荷塘 said...

747, aku terpaksa menukar nama-nama tu kerana setiap soalan dihadkan kepada 250 patah perkataan sahaja.
Lebih-lebih lagi, sukar untuk orang lain membaca nama Li Qingzhao.
Em... bahasa Melayu mu sangat baik lah, boleh tolong aku menyemak tesis apabila kamu ada masa lapang.
Haha...

 
At 15 March, 2007 16:02, Blogger 碧绿荷塘 said...

Pepatung, biasanya penuntut-penuntut Jabatan Pengajian Tionghoa menulis tesis mereka dalam bahasa Cina semasa sarjana muda.
Memandangkan aku penuntut kumpulan pertama yang bertukar daripada sistem empat tahun kepada sistem tiga tahun, jadi adanya masalah-masalah teknikal yang menyebabkan aku tidak boleh menulis tesis ku dalam bahasa Cina. :(

 
At 16 March, 2007 04:13, Anonymous Anonymous said...

I find this UM rule very strange, that you have to do a thesis about Chinese literature in BM.

Anyway, don't let me distract you.

I see that your husband has written 'until the elephant has come home', hahaha, I can't leave any comment in his blog but I am sure he reads your blog, so TK: add oil!!

 
At 16 March, 2007 10:30, Blogger 呼吸的747 @ 747 is breathing said...

haiya, gua hanya tau bahasa pasar saja, gua cuma tembak jawapan tu, kan gua pandai teka mya, hehe...

en. warna selalu kertawakan gua manyak perkataan yg senang pun tak tau, masa gua kerja pusat berita dulu, gua mya berita diedit teruk oleh editor lor

yea, GP, it's weird, and I believe it only happens here, sigh ..this is the reason why I didn't do my thesis during final year, I am not good in either English or Malay,I really couldn't translate Chinese into those languages. Bravo, peppermint!

 
At 16 March, 2007 16:26, Blogger 碧绿荷塘 said...

GP, I think the strangest thing is I still want to do my master course even though I was tortured by my undergrad thesis.
Why did I want to use this stupid reason to delay my family plan?
Anyway, it's too late to regret.

Yea, the elephant is really powerful.
It's strange too.
She is the first neighbour made me feel that our flat's sound insulation is really bad.

 
At 16 March, 2007 16:37, Blogger 碧绿荷塘 said...

747, kumpulan kau juga tak boleh menulis tesis kau dalam bahasa Cina kah?
Pada hakikatnya, agak sukar untuk menguasai suatu bahasa dengan betul-betul baik.
Bahasa Cina ku juga sentiasa dibetulkan oleh rakan-rakan sekerja ku semasa ku bekerja sebagai penyunting.
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris lagi teruk, "merah di seluruh sungai" boleh dilihat. :(

 
At 16 March, 2007 17:02, Blogger 呼吸的747 @ 747 is breathing said...

huh?! I thought you knew this? All your seniors had to do thesis in Malay. I gave up, and there is no significant thing to identify me as a graduate right now, apart from the certificate :-)

 
At 16 March, 2007 18:10, Blogger 碧绿荷塘 said...

Your reply makes me feel better, at least another batch was tortured too.
Yea, I know I'm quite bian4 tai4 now.

 
At 19 March, 2007 21:07, Blogger 血大夫 said...

gua baru terima keputusan ujian esei BM saya, aiyoyo, gua type manyak susah 12 muka surat, tapi kena duduk semula lor..... menangis gua...

rasa mau upah itu 747 buat, sebab sekarang dia sudah tak jaga kambing lagi.

 
At 19 March, 2007 22:15, Blogger 碧绿荷塘 said...

Apakah yang kamu tulis?
Banyaknya 12 muka surat.

Cepatnya 747 dapat kerja baru.
^_^

 
At 21 March, 2007 11:35, Blogger Snowpiano^ ^ said...

Em....Betul-betulnya belajar banyak dari blog ini yah.

Haruslah beri satu tepukan untuk kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka....^^

 
At 21 March, 2007 20:37, Blogger 血大夫 said...

gua kena duduk ujian baru mngkin boleh naik pangkat lor !! menangis...

Nanti Encik Chiew pun kena duduk mah... hehe, dia boleh panggil kamu tolong jawap, kamu boleh tanya DBP lagi lor ^_^

 
At 22 March, 2007 01:07, Blogger 碧绿荷塘 said...

Snowpiano, marilah belajar bersama-sama.

BloodDoc, aku tak berani tolong Encik Chiew jawab soalan ujiannya.
Takut dia tak dapat naik pangkat kerana soalan yang saya jawab untuknya.

 
At 23 March, 2007 23:49, Blogger 呼吸的747 @ 747 is breathing said...

eh, BD, berapa kali lu mau naik pangkat? kan lu sudah naik satu kali? hee hee, tolong taip 12 muka surat gua boleh tolong lor, tapi lu kena bagi gua apa yg lu mau taip, taip sajamah, apa yg susah ...

 
At 24 March, 2007 00:11, Blogger 碧绿荷塘 said...

Oh, ya, baru aku tersedar.
Cepatnya BloodDoc nak naik pangkat lagi.

 

Post a Comment

<< Home