15 Jun 2007

Piala Sudirman III

Semalam, saya terbaca berita ini. Bagi kawan-kawan yang tidak faham Bahasa Cina, biarlah saya menceritakan sedikit banyak tentang berita tersebut. Isi yang penting tercatat dalam perenggan kedua.

Pasukan Malaysia telah dikalahkan oleh pasukan England dalam pertandingan yang pertama. Ini telah menjadikan pertandingan antara Malaysia dengan China merupakan “berperang membelakangi air”. “Berperang membelakangi air” bermakna berperang membelakangi sungai, yakni tidak ada jalan patah balik dan mesti berperang bermati-matian. Maka, jurulatih China Li Yongbo berkata, “Pasukan China sudah bersedia untuk bertanding, bolehkah mereka menang walaupun ‘berperang membelakangi air’? Pertandingan mementingkan kebolehan sebenar, membelakangi air? Membelakangi bom pun tak guna!” Kesimpulannya, Li Yongbo berpendapat pemain-pemain pasukan negara kita tidak akan menang walaupun mereka berlawan dengan hebat.

Sungguhpun pemain-pemain negara kita memang tidak sehandal pemain-pemain China, tetapi saya masih tidak dapat tahan dengan kata-kata Li Yongbo yang sombong.

Pasukan negara kita ditewaskan dalam beregu campur, perseorangan perempuan, beregu lelaki, dan beregu perempuan. Baru sahaja pertandingan pertama dimulakan, sudah adanya penyokong-penyokong pasukan China yang menjerit-jerit, “Zhongguo dui 5 bi 0! (Pasukan China, 5-0!)” Ada juga yang meniupkan wisel sekuat-kuatnya semasa penyokong-penyokong pasukan negara kita menepuk tangan dan meneriakkan “Malaysia! Malaysia!” supaya suara kami yang tidak sekuat wisel tidak dapat didengari. Inilah dia! Dua orang yang berbaju kuning itu!



(Sekali lagi, nasib malang penyokong dengan bilangan yang sedikit... Hanya boleh mengamuk di blog.)

Setelah Lee Chong Wei memenangi set pertama, memanglah kami berasa gembira kerana inilah kemenangan yang pertama dalam pertandingan hari ini. Kasihan... Apabila Lee Chong Wei telah mendapat 19 markah dalam set kedua, mulai kami menjerit, “Li Zongwei, bei zhadan! (Lee Chong Wei, membelakangi bom!)” Siapa makan cili, dialah rasa pedas. Syabas kepada Lee Chong Wei yang menewaskan pemain terhebat di dunia, iaitu Lin Dan!

Ketika kami berdiri dan bertepuk tangan bagi merayai kemenangan Lee Chong Wei, seorang penyokong pasukan China bertoleh ke arah kami. Dengan perasaan hampa dan tidak puas hati yang kelihatan daripada mukanya, dia menjerit, "Four-one, four-one." Tahulah saya keputusan ialah 4-1, tapi "one" itu ialah kekalahan pertama pasukan China sejak Piala Sudirman ke-9 yang diadakan di Beijing dua tahun yang lalu. Sebelum ketewasan Lin Dan pada Lee Chong Wei hari ini, pasukan China telah memenangi 35 perlawanan berturut-turut dalam Kejohanan Piala Sudirman. Syabas lagi kepada Lee Chong Wei kerana memberhentikan rekod pasukan China ini.

Sungguhpun akhirnya pasukan negara kita tidak berpeluang memasuki pusingan separuh akhir, tetapi masih saya berasa suka hati kerana berpeluang menonton pertandingan yang hebat.



create your own slideshow

Harap kamu semua tidak akan pengsan setelah membaca laporan-laporan saya yang “canggih” sekali.

Labels: ,

7 Comments:

At 15 June, 2007 22:05, Blogger 木子 said...

即使只赢了一场,却是份量最重的一场,好样的,宗伟老弟~!

你写得很好~你的BM,太棒了~!

背水一战这句BM,我记住了~:)

 
At 16 June, 2007 02:04, Blogger 碧绿荷塘 said...

木子,你太过奖了,让真正的马来文高手来改这一篇文章一定会改得满篇红。

嘻嘻……李宗伟现在是为大马羽毛球队出了一口气的英雄!

 
At 17 June, 2007 01:59, Blogger 湘绣蜻蜓 said...

This comment has been removed by the author.

 
At 17 June, 2007 02:01, Blogger 湘绣蜻蜓 said...

Hebat juga yehh.. dah lama tak baca karangan dalam bahasa melayu :P

--Isi yang penting adalah dalam perenggan kedua.

-> boleh diubah sedikit kepada "Isi yang penting tercatat dalam perenggan kedua." :)

Jangan marah yehh.. saya bukan cari gaduh :P

 
At 17 June, 2007 05:28, Blogger 碧绿荷塘 said...

Terima kasih banyak-banyak, Pepatung.
Pasti saya tak akan marah kerana kamu sudi memberi tunjuk ajar.
Saya sudah betulkannya dalam karangan saya. ^_^

 
At 19 June, 2007 09:53, Blogger 萍凡女子 said...

YB Li itu ialah Si Sombong,sudah banyak kali menghina pasukan kami,apabila mereka sudah kalah pula cari alasan yang banyak-banyak. Sebaliknya Lim pula mamgakui dia memang kalah,ini barulah panggil hero!
端午节快乐!

 
At 20 June, 2007 14:57, Blogger 碧绿荷塘 said...

Maafkan saya.
Saya baru membaca mesej kamu, jadi salam saya lewat sehari, semoga kamu bergembira dengan keluarga pada hari perayaan Duanwu.

Pada hakikatnya, memang Li Yongbo hebat kerana dia berjaya melatihkan pemain-pemain yang terhandal di dunia, tetapi dia kurangnya "大将之风". :(

 

Post a Comment

<< Home