13 Jun 2007

Piala Sudirman II




create your own slideshow

Pasti kamu semua sudah tahu pasukan Malaysia berjaya mengalahkan pasukan Thailand dengan 3-2.

Seperti yang dijangkakan, pasukan Malaysia telah ditewaskan oleh pasukan Thailand dalam pertandingan yang pertama, iaitu beregu campur. Lee Chong Wei berjaya mendapat markah yang pertama bagi Malaysia dalam perseorangan lelaki. Setelah beregu lelaki berjaya menewaskan pasukan Thailand dengan persembahan yang jauh lebih baik daripada semalam, markah yang diperoleh oleh Malaysia dan Thailand telah menjadi 2-1. Inilah rakaman yang boleh kamu tontonkan dari Youtube. Malangnya, Wong Mew Choo ditewaskan. Jadi, beregu wanita sekali lagi memainkan peranan yang penting dalam menentukan sama ada Malaysia boleh memenangi Thailand. Nasib baik Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty berjaya akhirnya.

Memandangkan pertandingan Scotland dengan Finland diadakan di gelanggang pertama sementara pasukan China dan pasukan England bertanding di gelanggang ketiga, jeritan dan tepukan penyokong-penyokong pasukan Malaysia dan Thailand yang berada di tengah-tengah penyokong pasukan Scotland serta China dan England susah didengarkan. Inilah nasib penyokong dengan bilangan yang sedikit...

Walau bagaimanapun, saya berasa gembira sekali. Ini kerana saya mendapat tandatangan Lee Chong Wei dan bergambar dengannya. Kami bertemu dengannya di sebelah stadium sewaktu menuju ke rumah. Inilah bukti.


create your own slideshow

Syabas! Pasukan Malaysia!

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home