12 Jun 2007

Piala Sudirman I

Sebelum menceritakan pertandingan yang hebat antara pasukan negara kita dengan England, saya ingin memberitahu kamu sekalian bahawa saya tidak nampak pasukan negara kita membawa bendera negara! Antara bendera-bendera yang digantungkan di dalam stadium juga tidak ternampak jalur gemilang. Walau bagaimanapun, kawan-kawan saya yang merupakan peguam sentiasa berpegang pada prinsip “benefit of doubt”, jadi saya juga turut memegang prinsip itu dengan tidak memberi komen yang selanjutnya.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, tentulah saya memberi sokongan yang sepenuhnya kepada pasukan negara kita. Selain menjerit “Malaysia Boleh” bersama-sama dengan kawan-kawan saya, kami juga meneriakkan “Jiayou!” Apa yang menggembirakan kami ialah kawan-kawan baru kami juga menjerit “Jiayou! Jiayou!” bersama-sama. Inilah gambar kawan-kawan baru kami.


Nampak tak jalur gemilang yang dipegang oleh mereka? Penyokong-penyokong yang berada di Glasgow adanya bendera Malaysia. Canggihkan? Bendera-bendera yang kami lambaikan ialah kepunyaan Tony dan Mary yang dibawa dari Malaysia.

Sungguhpun akhirnya pasukan negara kita kalah dengan 2-3, tetapi pertandingan ini memang pertandingan yang hebat, terutamanya beregu wanita. Haraplah pertandingan-pertandingan yang seterusnya juga sehebat hari ini.



create your own slideshow

Labels: ,

9 Comments:

At 12 June, 2007 16:11, Blogger 呼吸的747 @ 747 is breathing said...

ah moi, ini pertandingan apa? badminton kah?

 
At 12 June, 2007 18:53, Blogger 碧绿荷塘 said...

Ya, ini ialah pertandingan badminton.

 
At 12 June, 2007 21:05, Anonymous Way said...

Ehwah ehwah, tulis BM-loh!

Itu england mya pertandingan badminton Y guna nama "piala sudirman"?!

 
At 13 June, 2007 01:46, Anonymous 老太太 said...

那个知名的“羽毛球选手”是哪一个呀?

 
At 13 June, 2007 19:22, Blogger 碧绿荷塘 said...

Way, inilah sejarah Piala Sudirman.
Saya juga baru mengetahuinya.
Terima kasih kerana bertanya soalan ini.

 
At 13 June, 2007 19:24, Blogger 碧绿荷塘 said...

照片中的选手都是星光闪闪的世界级人物。
我们常说的“羽毛球选手”只能在观众席上呐喊助威!
嘻嘻……

 
At 13 June, 2007 23:05, Blogger 木子 said...

你去看了啊?
可惜输了~

 
At 14 June, 2007 15:57, Blogger 呼吸的747 @ 747 is breathing said...

当我还很年轻是名标准羽球迷的时候,我是知道苏迪曼杯这东西的;现在老了,看到你写piala sudirman竟然联想不到就是当年我所知道的苏迪曼杯。那天看新闻,荧幕上出现piala surdirman我还问为何sudirman跑到英国去了?身旁的那个人回答说,这是苏迪曼杯啊,我才如梦初醒

way少,我的青春真的像小鸟一样不回来了

 
At 15 June, 2007 01:26, Blogger 碧绿荷塘 said...

木子,输了,只好再接再厉。

747,不要紧,让我的另类报道唤起你年少的记忆!

 

Post a Comment

<< Home